the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 3, 2025
28.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zahid akan bincang notis amaran ladang Felda, FGV dengan MB Terengganu

TPM Ahmad Zahid akan berbincang dengan MB Terengganu berhubung notis amaran kerajaan negeri ke atas lot ladang milik Felda dan FGV Holdings.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berhubung isu notis amaran ke atas lot ladang milik Felda dan FGV Holdings Berhad.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata isu itu wajar dibincangkan memandangkan Felda berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Saya akan mengadakan perbincangan dengan Yang Berhormat Menteri Besar Terengganu mengenai perkara itu,“ katanya kepada media selepas merasmikan Cyberjaya Conversations Summit 2025.

BACA: Felda, FGV semak dokumen selesaikan isu notis amaran tanah

Beliau menegaskan tiada isu yang tidak boleh diselesaikan dengan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

Felda dan FGV semalam memaklumkan mereka sedang menjalankan proses semakan menyeluruh ke atas semua dokumen berkaitan bagi menyelesaikan isu notis amaran itu.

Proses semakan itu merangkumi sejarah, rekod pembayaran, bayaran premium tanah, status hak milik serta syarat-syarat pembangunan ladang.

Langkah itu susulan notis amaran pendudukan secara tidak sah atau kesalahan menceroboh yang dikeluarkan ke atas ladang-ladang mereka di beberapa daerah Terengganu pada 30 November, 1 dan 2 Disember.

Felda dan FGV menegaskan notis-notis amaran itu tidak menjejaskan operasi ladang peneroka dan komuniti peneroka di Wilayah Terengganu.

Aktiviti sara hidup komuniti peneroka boleh diteruskan seperti biasa. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories