the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Terbuka Malaysia: Saya tak sangka dapat sorakan gemuruh – Tzu Ying

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat perak perseorangan wanita Sukan Olimpik 2020 Tai Tzu Ying (gambar) terkejut dengan sorakan gemuruh diterima daripada peminat tempatan semasa perlawanan pusingan pertama Terbuka Malaysia 2024 di sini hari ini.

Juara dari Taiwan itu yang sentiasa menjadi antara kegemaran peminat tuan rumah, menyatakan kegembiraannya dengan sokongan padu di Axiata Arena, memandangkan saingan kali ini mungkin penampilan terakhirnya pada Terbuka Malaysia.

“Saya sentiasa mendapat sokongan hebat setiap kali bermain di sini. Walaupun saya beraksi pada awal pagi ini, saya terkejut mendengar sorakan kuat daripada peminat yang bertenaga,“ katanya kepada pemberita ketika ditemui di zon campuran.

Terdahulu, juara Terbuka Malaysia dua kali pada 2018 dan 2019 itu berjaya dalam pertarungan sengit menentang pemain Amerika Syarikat Beiwen Zhang, 23-21, 21-19 untuk menempah tempat dalam pusingan kedua.

Pemain pilihan keempat itu akan bertemu wakil Thailand Busanan Ongbamruphan yang bangkit daripada ketinggalan bagi menewaskan Gao Fang Jie dari China, 17-21, 22-20, 21-10.

Sementara itu, Tzu Ying berkata adalah penting buatnya kekal bebas daripada kecederaan sepanjang tahun ini kerana beliau berhasrat membina momentum menjelang Sukan Olimpik terakhirnya di Paris, Julai ini.

“Prestasi saya pada separuh kedua tahun lepas tidak begitu baik, saya mengalami kecederaan dan terpaksa akur dengan jadual ketat yang menjejaskan keadaan tubuh saya. Tahun ini, saya hanya ingin berada dalam keadaan terbaik,“ katanya.

Pemain nombor empat dunia itu juga berkata acara perseorangan wanita menjadi semakin kompetitif dan terbuka luas setiap tahun.

Justeru, pemain berusia 29 tahun itu berjanji akan berusaha lebih keras untuk mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terbaik dunia sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada badminton.

Pada April tahun lepas, Tzu Ying mengumumkan bahawa beliau akan bersara pada hujung tahun depan, menggambarkan keinginannya untuk berehat selepas menghabiskan lebih dua dekad di gelanggang. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings