the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

1,776 unit rumah terima manfaat inisiatif Madani Afiat

KUALA LUMPUR: Sejumlah 1,776 unit rumah mendapat manfaat menerusi inisiatif program MADANI Afiat yang dilakukan di tujuh negeri dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan tahap kesihatan rakyat Malaysia.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa (gambar) berkata sebanyak 2,863 penduduk berusia 18 tahun ke atas telah disaring melalui aktiviti saringan kesihatan dari rumah ke rumah yang dilaksanakan di Selangor, Kedah, Terengganu, Johor, Perak, Melaka dan Pulau Pinang.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 771 orang atau 26.93 peratus menghidap diabetes dan 1,041 orang atau 36.36 peratus menghidap hipertensi.

“Sementara 417 orang atau 14.56 peratus pula berisiko mendapat diabetes dan 695 orang atau 24.28 peratus berisiko mendapat hipertensi,“ katanya kepada pemberita selepas melepaskan pasukan Mobilisasi MADANI Afiat dan Saringan Kesihatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) di sini hari ini.

Beliau berkata program MADANI Afiat kali ini akan melibatkan 135 jururawat dan 50 pegawai farmasi yang akan menjalankan saringan kesihatan di kawasan sekitar WPKL.

“Ia melibatkan sejumlah 380 rumah hari ini, melliputi kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, PPR Raya Permai, PPR Bukit Jalil dan Apartmen Kuchai Lama.

“Saringan kesihatan turut dilakukan di Dewan Komuniti Salak Selatan dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Salak Selatan,“ katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Zaliha menasihati orang ramai supaya mengamalkan langkah penjagaan kendiri antaranya mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi dan memakai pelitup muka bagi membendung peningkatan kes Covid-19 pada sambutan Hari Krismas nanti. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

BDMS Launches WellEra Bangkok, a US$865 Million Wellness Complex With Capella Hotel Group as...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Bangkok Dusit Medical Services Public Company Limited (BDMS), one of Asia-Pacific's leading healthcare providers, has unveiled WellEra Bangkok, an approximately US$865 million (THB 29 billion) wellness-integrated development that reimagines how the built environment can actively support healthier, longer lives.

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings