the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

6.3 juta ahli KWSP bawah 55 tahun miliki simpanan kurang RM10,000

KUALA LUMPUR: Isu ketidakcukupan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika ini berada pada tahap serius apabila 6.3 juta ahli berumur bawah 55 tahun atau 48 peratus mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka setakat 30 Sept lepas.

Dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini, Kementerian Kewangan memaklumkan jumlah itu meningkat berbanding 4.7 juta ahli atau 37 peratus yang direkodkan pada April 2020, iaitu sebelum pengeluaran khas berkaitan COVID-19 diperkenalkan.

“Dengan simpanan kurang daripada RM10,000, ahli dijangka hanya mempunyai pendapatan persaraan yang kurang daripada RM42 sebulan untuk tempoh 20 tahun.

“Implikasi pengeluaran tambahan daripada Akaun 1 juga telah memberikan kesan jangka panjang iaitu pengurangan jumlah simpanan persaraan yang ketara dalam kalangan ahli KWSP,” menurut Kementerian Kewangan.

Ia bagi menjawab soalan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) mengenai inisiatif kerajaan bagi menangani masalah wang persaraan rakyat yang tidak mencukupi yang turut dihimpit dengan saiz sektor tidak formal yang besar di Malaysia dan nisbah tanggungan lebih tinggi.

Menurut Kementerian Kewangan, isu berkenaan dilihat serius apatah lagi negara kini sedang menghadapi fenomena penuaan penduduk yang pantas kerana ia bakal memberi impak besar kepada negara dan rakyat terutama dari segi ekonomi, produktiviti, kesejahteraan sosial, kualiti hidup dan kesihatan.

Sementara itu, kerajaan menerusi Belanjawan 2024 telah mengumumkan untuk meningkatkan had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Saraan daripada RM300 kepada RM500 setahun, tertakluk kepada had maksimum RM5,000 seumur hidup bagi setiap individu yang layak. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings