the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahli perniagaan didakwa tipu, pecah amanah, salah guna harta syarikat RM13.4 juta

BUTTERWORTH: Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menipu, pecah amanah dan menyalahgunakan harta syarikat, melibatkan kerugian berjumlah RM13.4 juta.

Chan Eng Leong, 50, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, Chan didakwa menipu Goh Kim Heong, pengarah syarikat Global Tobacco Manufacturer (International) Sdn Bhd, dengan mendorong mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM11 juta untuk menyelesaikan dua kes cukai rokok dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, serta satu kes berkaitan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dengan pihak Polis Diraja Malaysia.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah premis di Taman Berjaya Indah dan Jalan Bukit Teh, Machang Bubok dalam daerah Seberang Perai Tengah, antara 11 April 2019 hingga 21 Nov 2019.

Ketiga-tiga pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh yang ketika itu pengarah syarikat Global Tobacco didakwa melakukan pecah amanah ke atas dana syarikat tersebut, dengan meluluskan pembelian hartanah bernilai RM1.8 juta tanpa kelulusan pihak syarikat pada 1 Okt 2019 di Jalan Bukit Teh, Machang Bubok.

Kesalahan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Chan juga didakwa atas dua pertuduhan menyalahgunakan harta syarikat sama, membabitkan nilai RM600,000 pada 3 Okt 2019 di Jalan Bukit Teh, Machang Bubok mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muna Mohamed Jaafar memohon tertuduh dikenakan jaminan secara kumulatif bernilai RM200,000.

Peguam RSN Rayer yang mewakili Chan merayu jaminan lebih rendah mengambil kira anak guamnya memberi kerjasama yang sangat baik, malah pernah dihadapkan ke mahkamah pada 2021 atas pertuduhan sama tetapi kemudiannya dilepas tanpa dibebaskan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 10 Mei untuk sebutan semula bagi pengurusan kes. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings