the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
32.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahli perniagaan Malaysia-New Zealand perkukuh hubungan ekonomi

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Acara Rantaian Malaysia-New Zealand menjadi platform terbaik untuk mengukuhkan hubungan ekonomi antara kedua-dua negara selain memperkenalkan inti pati Malaysia kepada masyarakat Kiwi di Auckland, kata Persatuan Perniagaan New Zealand Malaysia (NZMBA).

Presidennya Dave Ananth (gambar) berkata acara yang diadakan di Auckland pada 23 Nov itu mengetengahkan pelbagai makanan dan minuman import Malaysia melalui pameran selain menekankan kepelbagaian yang ditawarkan negara.

“Satu daripada acara utama ialah persembahan menarik oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), yang diwakili oleh eksekutif kanannya, Areej Taufik, yang bertujuan untuk menghapuskan salah tanggapan dan menangani kebimbangan mengenai penggunaan minyak sawit, terutama kesannya terhadap hidupan liar di kawasan seperti Borneo,” menurutnya dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Majlis yang dihadiri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand, Mazita Marzuki diadakan oleh entiti utama daripada NZMBA dan kerajaan Malaysia iaitu daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta MPOC.

Menghimpunkan perniagaan tempatan dengan wakil-wakil kerajaan, acara itu menyediakan peluang luar biasa untuk rangkaian dan kerjasama peringkat tinggi.

Pada majlis itu, Dave berkata Suruhanjaya Tinggi Malaysia menekankan hubungan mesra yang berkekalan antara New Zealand dan Malaysia, diserlahkan lagi oleh Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) sedia ada antara kedua-dua negara.

Beliau berkata acara itu menjadi detik penting untuk mengukuhkan hubungan ekonomi dan menggalakkan kerjasama antara Malaysia dan New Zealand. Ia menetapkan hala tuju yang menjanjikan untuk penglibatan masa depan dan kemakmuran bersama.

Dave juga menyatakan harapan untuk penglibatan serupa pada masa hadapan dengan menekankan keperluan untuk meningkatkan ekonomi selepas pandemik Covid-19. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Govt reviews electricity tariffs for 2027, with data centres in focus

The government is reviewing the electricity tariff structure for next year to ensure a fairer distribution of costs among households and energy-intensive industries, including data centres, Deputy Prime Minister and Energy Transition and Water Transformation Minister Datuk Seri Fadillah Yusof told the Dewan Rakyat today.

Long Lellang helicopter crash report to be presented to Cabinet tomorrow

The preliminary investigation report into the helicopter crash in Long Lellang, Sarawak, which claimed five lives last month, is expected to be presented to the Cabinet tomorrow (Oct 16).

Mesra Run 2.0 draws 2,000 participants in Terengganu despite haze

Mesra Run 2.0 attracted 2,000 participants on Oct 10, double the approximately 1,000 who took part in its inaugural edition last year, despite route changes due to hazy conditions.

Most Viewed

spot_img