the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahmad Maslan: Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan

MUAR: Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata langkah itu, bagi memastikan pengguna tidak merasa keliru untuk menggunakan laluan tambahan di lorong paling kiri, lebuh raya terlibat.

Beliau berkata sebagai contoh di Johor, Plus Malaysia Berhad (PLUS) mempunyai beberapa laluan kecemasan yang dijadikan Smart Lane itu, antaranya di Seksyen Dato’ Onn ke Pasir Gudang dan Seksyen Senai ke Kulai arah Utara serta Selatan.

“Semasa Tahun Baharu Cina baru-baru ini, Smart Lane ini dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang, namun ramai pengguna lebuh raya tidak mengetahuinya sehingga berlaku kekeliruan antara penunggang motosikal dengan pengguna yang lain.

“Saya juga nasihatkan laluan kecemasan ini bukanlah eksklusif hanya kepada kenderaan tertentu, tetapi ia boleh digunakan oleh motosikal, kenderaan rosak, operasi menyelamat dan juga Smart Lane ketika waktu tertentu termasuk perayaan,” katanya kepada pemberita selepas Lawatan Kerja di Pejabat Operasi Plaza Tol Pagoh, Lebuhraya Utara Selatan, Pagoh di sini hari ini.

Ahmad berkata laluan Smart Lane sememangnya diperlukan terutamanya ketika musim perayaan, kerana direkodkan sebanyak 2.04 juta kenderaan telah menggunakan lebuh raya pada 8 Feb lepas dan angka itu tertinggi bagi tahun ini.

Sementara itu, beliau berkata Kementerian Kerja Raya menyokong usaha 33 konsesi lebuh raya di negara ini untuk menambah Stesen Pengecas EV, serta mengaplikasikan penggunaan tenaga solar di kawasan rehat.

Beliau berkata setakat ini terdapat sejumlah 32 Stesen Pengecas EV di semua lebuh raya dan akan ada penambahan 30 stesen lagi dalam masa terdekat.

“Usaha menaik taraf pelbagai kemudahan demi memberi keselesaan kepada pengguna lebuh raya kini sedang giat dijalankan, memandangkan sebelum ini semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang Covid-19 tiada kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings