the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahmad Shabery : Polisi mampan ekonomi kitaran perlu dibangunkan

PUTRAJAYA: Kerajaan perlu mewujudkan polisi atau roadmap (hala tuju) ekonomi kitaran yang mampan dan menjadi pencetus perubahan kepada transformasi ekonomi peneroka dan pekebun kecil, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar).

Beliau berkata sekiranya berjaya, pengaplikasian ekonomi kitaran dijangka memberi keuntungan lebih RM100 bilion, khususnya melibatkan produk seperti minyak kapal terbang atau bahan api penerbangan mampan (SAF).

“Nilai kepada SAF, sekarang ini sudah dua kali ganda harganya berbanding bahan api penerbangan biasa.

“ … kalau nak menolong ekonomi bumiputera ini, kita mesti cari bidang yang penting pada masa depan,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan hasil libat urus kumpulan Felda dan Tanah Wilayah bersempena dengan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata Felda ketika ini amat menekankan sistem ekonomi kitaran kerana sisa kelapa sawit pada masa ini mempunyai nilai yang besar.

“Barang yang dipanggil sisa bukan sesuatu yang boleh dibuang tetapi menghasilkan nilai besar untuk negara,” katanya.

Konsep ekonomi kitaran merupakan konsep guna, pulang dan cipta semula untuk memaksimumkan penggunaan dan hasil.

Mengenai syor penubuhan Perbadanan Tanah Bumiputera, beliau berkata cadangan berkenaan perlu dilihat secara serius dalam KEB 2024 kerana ia akan membantu pemerkasaan bumiputera.

“KEB akan mewujudkan satu masyarakat yang seimbang dan adil untuk semua,” katanya.

KEB 2024 yang bermula hari ini hingga 2 Mac di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, melibatkan pembentangan hasil dapatan daripada Sesi Libat Urus (SLU) meliputi 10 kumpulan.

Kumpulan itu ialah Reformasi Pendidikan dan Modal Insan, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pilihan Kerjaya Utama, Pengukuhan Industri Halal, Pembangunan Desa dan Pemerkasaan Masyarakat Orang Asli, Penciptaan Kekayaan dan Penguasaan Korporat, Daya Saing Perusahaan Bumiputera, Penguasaan Teknologi Baharu, Felda dan Tanah Wilayah, Sosioekonomi Bumiputera Sabah serta Sosioekonomi Bumiputera Sarawak. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings