the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lori lawan arus: Pemandu mengaku tidak bersalah memandu di bawah pengaruh dadah 

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

SHAH ALAM: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kecederaan kepada empat individu, minggu lepas. 

Pengakuan C. Agilan, 51, direkodkan di hadapan Majistret Ameera Mastura Khamis.

Lelaki itu didakwa memandu sebuah lori di bawah pengaruh dadah methamphetamine dan amphetamine yang menyebabkan dia tidak berdaya mengawal kenderaan sehingga mengakibatkan kecederaan ke atas empat individu berusia 17 hingga 58 tahun pada 4.30 petang 9 Okt di Persiaran Mokhtar Dahari di sini. 

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda hingga RM50,000, jika sabit kesalahan. 

Timbalan Pendakwa Raya Alia Anisa Khairus Masnan menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 dan memohon supaya lesen memandu lelaki itu diserahkan kepada mahkamah hingga kes selesai. 

Peguam Rohan Singh memohon mahkamah menetapkan jaminan minimum kerana anak guamnya menanggung isteri yang tidak bekerja dan anak berusia 11 tahun dengan gaji kira-kira RM1,700 sebulan. 

Mahkamah membenarkan jaminan RM9,000 dan lesen memandu ditarik hingga kes selesai serta menetapkan 22 Dis untuk sebutan semula kes. 

Di mahkamah berasingan, Agilan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah tersebut ke dalam badannya di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di sini pada 11.30 malam hari yang sama.

Pertuduhan di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Amirah Zahari memohon jaminan ditetapkan pada RM7,000. 

 Wan Noora Nisa membenarkan jaminan RM3,900 dan menetapkan sebutan semula kes pada 11 Jan 2027. 

Pada minggu lepas, empat individu cedera termasuk seorang parah selepas sebuah lori 10 tan yang dipandu melawan arus merempuh 11 kenderaan di lampu isyarat Alam Budiman, Persiaran Mokhtar Dahari.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img