the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

All England: Aaron-Wooi Yik hanya selangkah tamatkan kemarau 17 tahun

KUALA LUMPUR: Aaron Chia-Soh Wooi Yik hanya selangkah lagi untuk menamatkan penantian 17 tahun kejuaraan bagi kategori beregu lelaki di Kejohanan Badminton All England 2024 selepas mengesahkan slot ke final, awal pagi waktu Malaysia hari ini.

Juara Dunia 2022 itu bijak menggunakan peluang terhadap kesilapan Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dari Taiwan untuk menundukkan mereka menerusi permainan straight set 21-16 dan 21-15 dalam tempoh 36 minit pada separuh akhir kejohanan badminton tertua di dunia itu yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham.

Kemenangan itu menyaksikan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 mengekalkan rekod tanpa kalah 4-0 ke atas Jhe Huei-Po Hsuan yang juga ranking ke-15 dunia selain mengulangi pencapaian mara ke final edisi 2019 sebelum tewas kepada Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-11, 14-21 dan 12-21.

Menanti Aaron-Wooi Yik di pentas akhir ialah pilihan keenam kejohanan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun atau juara All England 2023 Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia.

Kali terakhir beregu lelaki Malaysia meraih kejuaraan All England ialah pada edisi 2007 menerusi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menumbangkan Cai Yun-Fu Haifeng dari China 21-15 dan 21-18.

Kejayaan Kien Keat-Boon Heong ketika itu hanya diperoleh selepas 25 tahun ia dirangkul oleh gandingan Razif Sidek-Jailani Sidek pada 1982. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings