the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Pantai Timur sehingga Rabu

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka mengalami hujan berterusan bermula hari ini hingga Rabu (29 Nov).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan amaran tahap waspada dikeluarkan bagi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan berikutan perkembangan cuaca itu.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terenggganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu manakala di Pahang membabitkan Kuantan dan Pekan.

Menurut MetMalaysia, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai cuaca terkini melalui aplikasi mudah alih myCuaca atau melayari lawan web dan media sosial rasmi jabatan itu.

Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings