Jangan abaikan kenderaan anda semasa PKP

SEBAGAI langkah untuk membendung penularan virus Covid-19, pihak kerajaan Malaysia telah mengumumkan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi seluruh negara.

Berikutan itu, pelbagai maklumat dan peringatan dikongsi pada setiap masa untuk memastikan keselamatan setiap orang.

Akan tetapi, tempoh PKP ini juga bermakna kebanyakan kereta terbiar di kawasan parkir sehingga memakan masa selama 28 hari dan terdapat ramai yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan pada kenderaan mereka sepanjang tempoh tersebut.

Oleh itu, Proton ingin berkongsi cadangan tentang bagaimana anda boleh menjaga kenderaan anda dengan baik sepanjang tempoh PKP.

Hidupkan kenderaan

Meskipun teknologi pengeluaran automobil kian berkembang berbanding dahulu, terdapat satu perkara yang tidak dapat diubah, iaitu, sesebuah kenderaan perlu dihidupkan secara berkala (tempoh yang disyorkan adalah sekali dalam setiap tujuh hari) untuk mengekalkan fungsinya.

Salah satu komponen asas yang ada pada kereta ialah bateri. Bateri berperanan menghidupkan enjin dan menyediakan kuasa elektrik ke komponen-komponen yang lain. Sekiranya enjin tidak dijalankan secara kerap, alternator tidak akan dapat mengecas bateri.

$!Jangan abaikan kenderaan anda semasa PKP

Untuk mengelakkan perkara ini daripada terjadi, hidupkan enjin kenderaan anda dan biarkan ia selama 10 minit untuk membolehkan alternator melakukan tugasnya.

Ketika anda sedang membiarkan enjin anda berfungsi, anda berkemungkinan ingin mendengar radio dan menghidupkan penghawa dingin. Jangan!

Ini ialah kerana dengan melakukan sedemikian hanya akan menarik arus dari bateri dan mengurangkan keberkesanan proses menghidupkan kenderaan anda.

Setelah selesai, jangan lupa untuk kunci kenderaan anda.

Tekanan tayar

Keadaan tayar kenderaan anda perlu diperiksa setiap dua minggu untuk memastikan tekanannya berada pada tahap yang disyorkan.

Cara terbaik untuk memeriksa tayar adalah dengan menggunakan tolok tekanan tayar atau melihat paparan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar seperti yang terdapat pada Proton X70.

Sekiranya tekanan kurang, segera ke stesen minyak terdekat dan pam tayar kenderaan anda.

Selain itu juga, dengan membiarkan kenderaan anda diparkir selama tempoh beberapa hari akan meninggalkan kesan rata pada bawah tayar anda.

Ini akan mengakibatkan tayar tersebut kehilangan bentuk dan boleh menyebabkan getaran dirasai melalui stereng apabila memandu, walaupun berada di jalan yang rata.

$!Jangan abaikan kenderaan anda semasa PKP

Untuk mengelakkan perkara ini, gerakkan kenderaan anda ke hadapan atau ke belakang ketika anda sedang mengecas bateri atau menghidupkan kenderaan anda.

Utamakan kebersihan

Ini adalah waktu yang terbaik untuk mempraktikkan kebersihan atau mensanitasikan tangan dan permukaan yang telah anda sentuh, terutamanya dalam kenderaan anda.

Pastikan anda membersihkan setiap permukaan seperti stereng, pemegang pintu, suis tingkap dan tuas gear kenderaan anda.

Sekiranya kenderaan anda dilengkapi sistem audio dengan skrin sentuh, sembur cecair nyah kuman pada kain lembut dan lapkan permukaan tersebut. Berhati-hati agar tidak keterlaluan kerana ia boleh mendatangkan kerosakan.

Bilah pengilap cermin

Jika anda meletakkan kenderaan anda di bawah sinar matahari, jangan lupa untuk mengangkat bilah pengilap cermin kenderaan anda.

Cahaya matahari akan menghasilkan haba dan pendedahan pada sinaran UV dalam tempoh yang lama akan menyebabkan bilah pengelap anda mengeras sekaligus tidak akan dapat berfungi dengan baik.

Dengan mengikut langkah-langkah mudah ini, kereta anda akan berada dalam keadaan baik dan selepas tamat tempoh PKP ini, anda akan dapat terus memandunya untuk pergi bekerja, menghantar anak ke sekolah atau kemana-mana sahaja.

$!Jangan abaikan kenderaan anda semasa PKP

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image