the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Azam Baki: SPRM pastikan titah Agong dilaksanakan sepenuhnya, penuh integriti

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memastikan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dilaksanakan sepenuhnya, dan menjalankan tanggungjawab itu dengan penuh integriti.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki (gambar) dalam kenyataan hari ini berkata SPRM menjunjung kasih titah Agong bahawa memerangi rasuah sebagai musuh nombor satu negara adalah antara tumpuan utama dalam pemerintahan baginda.

Beliau berkata titah Seri Paduka Baginda melambangkan ketegasan baginda memerangi ancaman rasuah, malah perlu dijunjung oleh setiap lapisan masyarakat kerana rakyat yang bebas rasuah merupakan kayu pengukur dan teras kepada keutuhan serta kestabilan negara.

“Sehubungan itu sebagai agensi penguat kuasa yang dipertanggungjawabkan untuk memerangi rasuah di negara ini, SPRM akan memastikan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dilaksanakan sepenuhnya dan menjalankan tanggungjawab tersebut dengan penuh integriti,” katanya.

Azam juga berharap agar semua rakyat Malaysia, khususnya keseluruhan jentera kerajaan tanpa kompromi, dapat berganding bahu bersama SPRM dalam menjunjung dan melaksanakan titah berkenaan.

Semalam Sultan Ibrahim dalam catatan di laman sosial rasmi baginda itu juga bertitah bahawa tempoh bulan madu menaiki takhta sudah berakhir, selain turut memuat naik gambar menyerahkan madu Azam sebagai simbolik berakhirnya tempoh ‘bulan madu. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Aurora Mobile unveils omni-channel AI solutions at HKPC, GPTBots.ai powers enterprise services from “Q&A”...

Aurora Mobile showcased its enterprise AI solutions at an HKPC workshop, demonstrating how GPTBots.ai and EngageLab enable AI agents to automate business processes, strengthen customer engagement and support digital transformation across multiple industries.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings