the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir: Masyarakat diminta waspada, peka arahan pihak berkuasa – Zahid

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta supaya para penduduk di kawasan yang dijangka mengalami banjir supaya sentiasa berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

Beliau berkata ini susulan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan cuaca signifikan bagi tempoh hari ini hingga Rabu, dan berdasarkan analisis model cuaca itu, amaran hujan berterusan tahap bahaya, buruk serta waspada dikeluarkan melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah dan Sabah.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora turut dikemas kini berkuat kuasa sehingga 21 Nov ini. Sementara itu di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang yang lebih menyeluruh juga berpotensi berlaku dalam tempoh berkenaan,“ katanya menerusi hantaran di Facebook.

Bagi mendapatkan maklumat dan amaran semasa mengenai banjir, Ahmad Zahid berkata orang ramai boleh melayari laman web publicinfobanjir.water.gov.my atau @PubliclnfoBanjir (Facebook) dan @JPS_InfoBanjir (Twitter atau X).

“Bagi maklumat cuaca pula, orang ramai boleh muat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih daripada MetMalaysia,“ katanya.

Sementara itu beliau berkata sehingga 12 tengah hari tadi, Perak, Terengganu dan Pahang dilaporkan terkesan dengan bencana banjir yang melibatkan masing-masing satu daerah di ketiga-tiga negeri itu.

“Seramai 346 orang mangsa daripada 106 ketua isi rumah (KIR) direkodkan sedang berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS),“ katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings