the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas pengarah SRC: Tugas dan peranan saya hanya pada nama

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah SRC International Sdn Bhd mengulangi di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tugas dan peranannya di syarikat pelaburan strategik negara itu hanya wujud pada nama.

Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 54, berkata berdasarkan kuasa dan kawalan mutlak dilaksanakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas SRC, beliau tidak dapat melaksanakan tugas dan peranannya (sebagai pengarah) secara realiti.

Shahrol Azral berkata demikian ketika memberi keterangan dalam kes saman sivil AS$1.18 bilion yang difailkan SRC terhadap Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya Nik Faisal Ariff Kamil.

Beliau juga menafikan dakwaan Najib bahawa beliau bersalah atas segala tindakan, kelalaian, salah laku, pelanggaran kewajipan dan tingkah laku yang merupakan punca efektif dan sebenar sebarang kerugian yang didakwa dialami oleh SRC.

“Pada masa itu, saya mempercayai Datuk Seri Najib (defenden pertama) dan Nik Faisal (defenden dua) apabila mereka memaklumkan kepada saya bahawa SRC ditubuhkan untuk menjalankan pelaburan strategik bagi kepentingan Malaysia.

“Perlu diingatkan bahawa Datuk Seri Najib ketika itu adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Saya juga dimaklumkan bahawa bagi tujuan projek sedemikian, SRC memerlukan dana yang banyak.

”Oleh itu , terdapat keperluan untuk memohon kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) untuk mendapatkan pinjaman,” kata Shahrol dalam kenyataan saksinya.

Beliau berkata selepas pinjaman diluluskan dan dikeluarkan oleh KWAP, Nik Faisal memaklumkan kepadanya bahawa SRC sedang mengusahakan dua pelaburan lombong arang batu yang besar di Indonesia dan Mongolia dan perlu menyalurkan pinjaman secepat mungkin supaya tidak terlepas peluang pelaburan yang baik.

Shahrol Azral, dinamakan sebagai pihak ketiga responden bersama-sama empat bekas pengarah, berkata Najib dan Nik Faisal membuat representasi palsu dan mengelirukan kepada Lembaga Pengarah SRC termasuk beliau, berhubung sifat dan tujuan sebenar pengeluaran dana RM4 bilion itu daripada pinjaman KWAP.

“Selain itu, pada masa itu, tidak ada alasan yang munasabah untuk saya mengesyaki bahawa apa-apa yang meragukan atau dipersoalkan sedang berlaku dalam SRC.

“Seingat saya, saya masih ingat memberitahu Nik Faisal bahawa memandangkan jumlah besar yang terlibat, projek pelaburan berkaitan yang disebutnya perlu dilaksanakan secepat mungkin,“ katanya.

Sementara itu semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, saksi itu menggambarkan Najib sebagai memiliki gaya seorang ‘grand chess master’ yang mengatur segala-galanya apabila memudah cara projek untuk SRC serta 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada 7 Mei 2021, SRC di bawah pengurusan baharu memulakan tindakan saman sivil terhadap Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil sebagai defendan pertama dan kedua.

SRC mendakwa semua defendan bersubahat dan melakukan pecah amanah. Najib turut didakwa menyalahgunakan kuasanya dan memperoleh ganjaran peribadi daripada dana SRC selain menyeleweng dana itu.

Ia juga memohon pengisytiharan mahkamah bahawa Najib bertanggungjawab atas kerugian syarikat akibat pelanggaran tugas dan amanahnya dan membayar balik kerugian RM42 juta yang mereka alami.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin bersambung 15 April ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings