the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 9, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

16 individu ditahan terlibat kegiatan curi kabel

SEREMBAN: Polis menahan 16 individu termasuk dua wanita disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel dan pelbagai komponen di sekitar daerah ini sejak tahun lepas dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah kira-kira RM1.5 juta.

Ketua Polis Daerah Seremban Mohamad Hatta Che Din berkata penahanan suspek berusia 25 hingga 50 tahun pada 21 Feb lepas itu susulan kes kecurian DC power kabel di Taman Kelab Tuanku di sini, membabitkan kerugian RM10,000.

“Semakan mendapati empat daripada mereka mempunyai rekod lampau membabitkan pelbagai jenayah. Modus operandi kumpulan ini mencuri kabel milik Syarikat Telekomunikasi (Telco) di pencawang yang menjadi sasaran mereka.

“Selain itu, mereka turut mencuri kabel serta beberapa komponen seperti Radio Remote Unit (RRU), Lithium Bateri and Wire kabel dengan tujuan menjual semula kepada Telco lain bagi mengaut keuntungan yang lumayan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Hatta berkata komponen-komponen yang tidak boleh dijual semula kepada pihak Telco akan dijual kepada kedai besi buruk.

Justeru, beliau meminta mana-mana Telco serta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes kecurian kabel ini untuk tampil memberi keterangan atau menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat kes Insp Saidi Busman di talian 011-31558034.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 431(a) dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Railtown AI Announces Service-Led Commercialization Strategy to Accelerate AI Adoption Among Canadian SMEs

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 8, 2026 - Railtown AI Technologies Inc. (CSE: RAIL) (OTCQB: RLAIF) ("Railtown" or the "Company"), a Canadian-based AI developer tools and agentic orchestration company today announced the launch of its Service-Led Commercialization Strategy, a long-term growth initiative designed to accelerate artificial intelligence adoption among Canadian small and medium-sized enterprises ("SMEs") while expanding recurring software revenue through the deployment of the Company's proprietary AI technologies.

18 women coaches join Fifa scholarship programme

A total of 18 women coaches from across Malaysia have been selected for the Fifa Coaching Education Scholarship Programme to strengthen women's football coaching development

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings