the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

22 individu, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif GISBH mengaku tidak bersalah

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

SHAH ALAM: Seramai 22 individu dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Kesemua mereka terdiri daripada 12 lelaki dan sembilan wanita, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Datuk Seri Latifah Mohd Tahar selepas pertuduhan dibacakan semula secara berasingan sejurus kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini.

Dua belas tertuduh lelaki yang membuat pengakuan itu ialah Hasnan Abd Hamid, 54, Mohd Shukri Mohd Noor, 54, Mokhtar Tajuddin, 61, Shuhaimi Mohamed, 57, Muhammad Afdaluddin Latif, 35, Mohamad Sayuti Omar, 36, Mohd Fazil Md Jasin, 58, Mohammad Adib At-Tamimi Asa’ari, 33, Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 35, Muhammad Zahid Azhar@Nadzri, 52, Abu Ubaidah Ahnad Shukri, 35 dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.

Sembilan tertuduh wanita pula ialah Hamimah Yakub, 72, Azura Md Yusof, 58, Asmat@Asmanira Muhammad Ramly, 45, Mahani Kasim, 55, Siti Salmiah Ismail, 58, Siti Hajar Ismail, 52, Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28, Nurul Jannah Idris, 29 dan Nur Jannah Omar, 33.

Mengikut pertuduhan mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang GISBH di Jalan Desa Bandar Country Homes, Rawang pada Oktober 2020 hingga 11 Sept lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara antara lima hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana kesalahan tersebut di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012.

Peguam Datuk Rosli Kamaruddin yang mewakili 21 tertuduh kecuali Hamimah kemudian memaklumkan pihaknya dalam proses melengkapkan permohonan jaminan bagi 21 individu terbabit.

“Daripada jumlah berkenaan, 17 telah difailkan namun belum teratur dengan kami akan memasukkan afidavit seperti sijil kesihatan.

“Sementara, empat lagi permohonan akan difailkan minggu ini. Semuanya akan dilengkapkan dalam tempoh seminggu sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya,“ katanya.

Susulan itu, mahkamah menetapkan 17 Mac ini bagi mendengar hujahan permohonan jamin bagi 21 tertuduh kecuali Hamimah yang pada 13 Jan lepas, diberikan ikat jamin RM40,000 dengan dua penjamin.

Pada 23 Okt 2024, Nasiruddin, Azura, Mohammad Adib At-Tamimi Asa’ari dan 19 pemimpin tertinggi GISBH itu didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, masing-masing atas satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, sejak 2020.

Ketika sebutan, kesemua ahli mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun dengan tiada sebarang pengakuan direkodkan berikutan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lelaki direman tujuh hari bantu siasatan kes bunuh 

Seorang lelaki pelarian Myanmar pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh.

MACC, police to share information in MyEG, Zetrix AI investigation

The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) will work closely with the police in investigating allegations involving MyEG Sdn Bhd (MyEG) and Zetrix AI Bhd, following a formal complaint lodged with the anti-graft agency last week.

India youth shift tactics as police clamp down on election protest

With tens of thousands of security personnel deployed in key parts of the capital to block the main protest site of Jantar Mantar, protesters turned to holding flash demonstrations elsewhere, taking authorities by surprise.

Most Viewed

spot_img