PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada 10 pagi disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda menyemarakkan majlis itu yang bertemakan “Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kemuncak sambutan tahun baharu kalendar Islam yang dihadiri kira-kira 6,000 tetamu itu ialah Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim diikuti dengan penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

Tema “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani” merupakan manifestasi dari intipati ajaran Rasulullah SAW dan tema yang sangat signifikan bagi memacu umat di negara ini ke arah kejayaan yang hakiki dunia dan akhirat.

Open Two Websites with Image

Clickable Image