the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 20, 2026
20.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Ahli perniagaan didenda rm300,000 perdaya perkeso

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan didenda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen atas 10 pertuduhan memperdaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melibatkan bayaran tidak sah berjumlah RM496,000.

P Sathia Seelan, 52, mengaku bersalah atas semua pertuduhan pilihan semasa sebutan kes hari ini.

Hakim Suzana Hussin turut memerintahkan Sathia Seelan dipenjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Tertuduh didakwa memperdaya pegawai PERKESO dengan dokumen palsu yang mengandungi senarai nama peserta dan tandatangan bagi tiga kursus tidak wujud atas nama lima syarikat antara Disember 2020 dan Julai 2021.

Perbuatan itu menyebabkan PERKESO membuat bayaran RM496,000 kepada Syarikat Global Education Network Sdn Bhd milik tertuduh. Kesalahan dilakukan di Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan, PERKESO Putrajaya mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda.

Dalam prosiding sama, rakannya R Nanthagopal, 43, turut didenda RM300,000 atau penjara 10 bulan selepas mengaku bersalah bersubahat dengan Sathia Seelan. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 akta sama.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sobry memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran, manakala peguam R Babu Naidu memohon hukuman ringan atas alasan kliennya telah insaf dan memberi kerjasama penuh semasa siasatan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

ESET Launches AI-Powered MDR Service in Singapore with Industry-Leading 6-Minute Response Time

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 19 January 2026 -ESET, a global leader in cybersecurity solutions, today announced the launch of two Managed Detection and Response (MDR) subscription tiers: ESET PROTECT MDR for small and medium businesses (SMBs) and ESET PROTECT MDR Ultimate for enterprises in Singapore.
spot_img

Popular Categories