Friday, November 7, 2025
27.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Amaran ribut petir di 10 negeri hingga 7 malam ini

The Sun Berita

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri sehingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Kulim dan Bandar Baharu) serta Perak (Kerian, Larut Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang).

Keadaan sama dijangka melanda Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).

Di Pahang, amaran membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan dan Pekan; Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat); serta Negeri Sembilan (Jelebu).

Selain itu, di Sabah melibatkan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau) serta Pantai Barat (Papar), Labuan dan Sarawak meliputi Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang- BERNAMA

Related

spot_img

Latest

Paragon Globe, UOB Malaysia partner to drive green financing under Johor–Singapore SEZ framework

Paragon Globe Bhd has signed a five-year memorandum of collaboration with UOB Malaysia to champion green financing and sustainability-driven investments linked to the Johor–Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ). The partnership will see UOB Malaysia act as Paragon Globe’s preferred banking partner, supporting future developments with innovative green financing and ESG-aligned project advisory.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img