the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anggota polis didenda RM5,000 kerana terima rasuah

KUALA TERENGGANU: Seorang anggota polis didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menerima rasuah RM1,000 dua tahun lepas.

Hakim Mohd Azhar Othman turut memerintahkan Abdul Aziz Mustapha, 33, dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan pilihan, lelaki berkenaan yang ketika itu merupakan konstabel pelatih di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Besut telah menerima RM1,000 daripada seorang lelaki tanpa balasan, yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

Kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan itu dilakukan di kawasan tempat letak kereta Medan Selera Kota Putera, Besut, pada 12.40 tengah hari, 8 Okt 2023.

Dia sebelum ini telah dituduh dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 17(a) akta sama atas kesalahan meminta wang suapan sebanyak RM2,000 dan menerima wang suapan RM1,000 daripada dua lelaki sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohd Fadhly Zamry manakala tertuduh diwakili peguam Ariff Azami Hussein.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings