the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
30.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anggota polis peras ugut pekebun ditahan

IPOH: Seorang anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes memeras ugut seorang pekebun sawit di Langkap, Teluk Intan semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata lelaki berusia 40 tahun yang bertugas di sebuah balai polis di Bagan Datuk itu ditahan di Hutan Melintang pada 7 malam.

Beliau berkata suspek telah meminta mangsa yang berusia 37 tahun RM2,000 bagi menyelesaikan kes lampau pada 26 Sept lepas.

“Mangsa kemudiannya telah membuat laporan polis berhubung salah laku anggota polis tersebut pada Ahad lepas,“ katanya ketika ditemui pemberita selepas nyanyian lagu Negaraku dan lafaz ikrar Rukun Negara peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini hari ini.

Azizi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

LRT3 faces challenge in car-dependent Shah Alam: Expert

Many potential passengers live too far from LRT3 stations to walk comfortably, while weak feeder bus coverage, limited pedestrian links and underdeveloped cycling networks could restrict accessibility.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings