the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar adakan mesyuarat dengan rakan sejawat dari Thailand dan Iraq

NEW YORK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan mesyuarat dengan rakan sejawatnya dari Thailand dan Iraq di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di sini.

Ia merupakan penglibatan rasmi pertama Anwar dengan Srettha Thavisin sejak taikun hartanah Thailand itu dilantik sebagai Perdana Menteri bulan lepas.

Mesyuarat yang berlangsung selama 30 minit itu turut dihadiri menteri-menteri Kabinet kedua-dua negara.

“Selain membincangkan cara untuk mengukuhkan hubungan dua hala, kami juga bercakap mengenai pelbagai isu termasuk sempadan, proses damai di Selatan Thailand dan isu-isu serantau lain yang mempunyai kepentingan bersama” kata Anwar.

Kemudian Anwar bertemu Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia’ Al Sudani dan kedua-dua pemimpin membincangkan cara untuk mengukuhkan lagi hubungan mereka dan meneroka bidang kerjasama baharu.

Dalam pertemuan itu, Anwar memaklumkan kepada Mohammed Shia bahawa Malaysia akan membuka semula kedutaannya di Baghdad, Iraq, yang ditutup sejak lebih 20 tahun lepas.

Iraq kekal sebagai rakan dagang keenam terbesar Malaysia dan sumber import ketujuh terbesar dalam kalangan negara-negara Asia Barat, dengan jumlah perdagangan tahun lepas bernilai RM4.68 bilion (US$1.07 bilion), meningkat 24.3 peratus berbanding RM3.76 bilion (US$0.91 bilion) pada 2021.

Perdana menteri juga turut mengadakan pertemuan dengan wakil Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengenai iklim, John Kerry yang merupakan Setiausaha Negara AS dari 2013 hingga 2017 di bawah pentadbiran Presiden Barack Obama.

Antara topik yang dibincangkan ialah mengenai alam sekitar, tenaga boleh diperbaharui dan pemanasan global yang menyebabkan kesan besar di seluruh dunia.

“Saya juga menyatakan hasrat untuk terus bekerjasama dengan AS dalam peralihan tenaga boleh diperbaharui, pengurangan pelepasan gas metana, kewangan iklim dan teknologi,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Sementara itu, Anwar turut menghadiri sesi perbincangan dengan Ahli Majlis Hubungan Luar Negeri (CFR), sebuah badan pemikir dan penerbit bebas bukan partisan, yang mempromosikan pemahaman mengenai hubungan antarabangsa dan dasar luar negara.

“Dalam sesi ini saya mendengar dan berkongsi dasar serta polisi negara terkait hubungan antarabangsa, pentas global dan geopolitik bersama badan pemikir ini,” katanya.

Katanya beliau menghargai jemputan mereka dan berharap diskusi seperti itu akan dapat diteruskan pada masa mendatang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings