the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

APMM rampas 45 set bubu naga di perairan Kedah

ALOR SETAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas 45 set bubu naga menerusi Op Aman di beberapa lokasi di perairan Sungai Limau, dekat Yan, baru-baru ini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata operasi dilaksanakan berdasarkan aduan awam dan pemantauan rutin yang dilakukan terhadap bubu naga yang jika tidak dikekang boleh menjejaskan sumber perikanan negara.

“Semasa rondaan dilakukan anggota Maritim Malaysia menemukan beberapa pancang yang mencurigakan dipasang di kawasan berkenaan.

“Penggunaan pancang digunakan bertujuan mengelirukan pihak berkuasa memandangkan pancang yang sama digunakan oleh pengusaha pukat hanyut…kesemua bubu naga bernilai hampir RM6,000 dirampas dan dibawa ke jeti untuk tindakan lanjut,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti melanggar undang-undang maritim dan sentiasa komited dalam meneruskan pengoperasian serta rondaan bagi mengekang aktiviti haram di perairan negara.

“Orang awam diminta melaporkan sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut melalui saluran talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings