the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 7, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

APMM tahan empat nelayan Thailand langgar syarat lesen tangkap ikan

GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan empat lelaki Thailand dan merampas bot nelayan kelas C kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan pada kedudukan 6.0 batu nautika barat Teluk Kampi, dekat sini awal pagi ini.

Pengarahnya Kepten Maritim Razali Kasim berkata bot peronda APMM Pulau Pinang mengesan bot nelayan itu berada dalam keadaan mencurigakan ketika rutin pemeriksaan di kawasan tersebut pada kira-kira 5 pagi tadi.

“Pihak kami mendapati bot tersebut sedang melakukan aktiviti perikanan di bawah 15 batu nautika iaitu menangkap ikan tidak mengikut syarat sah lesen bot kelas C.

“Pemeriksaan lanjut mendapati empat nelayan warga Thailand berumur 42 hingga 64 tahun sedang bekerja didalam bot itu,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua empat nelayan ditahan manakala bot bersama ikan seberat 150 kilogram telah dirampas.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

L’Occitane En Provence Helps Malaysians Address Hair Fall Through Expert Hair & Scalp Diagnosis

As hair fall and hair loss concerns continue to affect consumers across different ages and life stages, L'Occitane is encouraging Malaysians to look beyond the symptoms and understand the root cause of their concerns through its complimentary Hair & Scalp Diagnosis.

Prudential Singapore tops global MDRT Culture of Excellence (COE) Awards with 29 agency leaders...

Prudential Singapore ("Prudential") achieved the strongest showing globally in the 2026 Million Dollar Round Table (MDRT) Culture of Excellence (COE) Awards, with 29 agency leaders recognised out of 68 winners worldwide.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings