Wednesday, November 12, 2025
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir di Bali ragut dua nyawa, ratusan terjejas

JAKARTA: Banjir besar meragut dua nyawa dan menjejaskan ratusan penduduk di pulau peranginan Bali selepas hujan lebat semalaman, menurut agensi bencana Indonesia pada Rabu.

Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) memaklumkan banjir melanda daerah Jembrana, Gianyar, Tabanan dan Klungkung serta ibu kota wilayah itu, Denpasar.

Di Jembrana, seramai 200 orang terjejas, manakala 432 lagi di Klungkung, kata jurucakap BNPB Abdul Muhari dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa pengumpulan data di kawasan lain masih dijalankan.

Agensi itu turut memberi amaran bahawa Bali masih berisiko mengalami hujan sederhana hingga lebat dengan angin kencang, dan menggesa penduduk supaya berwaspada terhadap banjir, tanah runtuh serta bahaya lain- BERNAMA

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories