the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, February 7, 2026
20.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Bedah siasat pelajar UM maut jatuh kolej kediaman dijalankan malam ini

KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas pelajar Universiti Malaya yang maut selepas terjatuh dari kolej kediaman akan dijalankan malam ini di Jabatan Patologi Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat mengesahkan kejadian membabitkan pelajar lelaki berusia 22 tahun itu berlaku pada kira-kira 3.15 petang.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di PPUM pada pukul 4.25 petang.

Pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Universiti Malaya dalam kenyataan berasingan memaklumkan pelajar tersebut disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan kecemasan di PPUM.

Seluruh warga Universiti Malaya menzahirkan rasa sedih dan simpati yang mendalam kepada keluarga Allahyarham.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar kini menyalurkan bantuan serta memberikan sokongan sepenuhnya kepada keluarga terlibat.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa dan Universiti Malaya memberi kerjasama penuh bagi membantu siasatan tersebut.

UM turut menyeru semua pihak agar menghormati privasi keluarga mangsa serta tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan insiden berkenaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories