the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Belanjawan 2025: KUSKOP harap lebih banyak peruntukan untuk perkasa PKS

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berharap lebih banyak peruntukan dapat diberikan untuk memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini menerusi Belanjawan 2025.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan berkata dengan peruntukan yang lebih besar, pelbagai inisiatif boleh dilaksanakan bagi membantu para pemain PKS termasuk penyediaan geran untuk mengembangkan perniagaan.

“Sebagai tulang belakang kepada ekonomi negara, kita berharap dapat menaik taraf PKS di negara ini dan membawakan mereka peluang untuk berniaga bukan sahaja di dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

“Jadi, kita akan meletak cadangan-cadangan atau permintaan-permintaan kita berhubung perkara ini kepada Kementerian Kewangan dan selepas itu, kita akan menunggu maklum balas daripada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara KUSKOP dan 10 syarikat anchor baharu dan sedia ada bagi pelaksanaan Program Pembangunan Vendor di sini hari ini.

Belanjawan 2025 dijadual dibentang di Dewan Rakyat pada 18 Okt ini.

Ramanan juga menyeru agar syarikat vendor meningkatkan prestasi dan keupayaan masing-masing tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada bantuan syarikat anchor semata-mata.

Beliau berkata dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar, setiap syarikat vendor perlu mempunyai daya tahan tinggi, kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa serta berfikiran kreatif dan inovatif.

“Pada masa sama, saya ingin mengajak syarikat anchor bersama-sama membantu kerajaan membangunkan program bersesuaian kepada usahawan baharu yang mempunyai aspirasi dan kebolehan untuk menjadi syarikat pembekal atau vendor kepada syarikat anchor,” katanya.

Ramanan juga berkata selama bekerja di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau melihat Perdana Menteri sangat terbuka dan telus dalam mendepani pelbagai isu.

“Kalau kita tengok di bawah kementerian beliau sendiri kalau ada apa-apa kesalahan berlaku, tindakan diambil… tidak kisah sama ada Kementerian Kewangan atau KUSKOP, cara beliau selesaikan masalah adalah berdepan dengan isu… (ini menunjukkan) beliau sangat telus (dan) itu jelas,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Venezuela earthquake rescue efforts hampered as death toll rises to 235

Buildings cracked, crumbled, and tilted precariously after the quakes,...

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings