the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 3, 2025
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

BUDI95: Hadiah bermakna kepada rakyat, cermin iltizam dan keberanian kerajaan

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter melalui subsidi bersasar bermula 30 Sept merupakan hadiah bermakna kepada rakyat selain menunjukkan keberanian pentadbiran MADANI meringankan beban sara hidup ketika berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

Berdasarkan tinjauan Bernama di media sosial, pengguna meluahkan rasa syukur dan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan pimpinan beliau atas tindakan yang turut disifatkan sebagai bukti keprihatinan kepada rakyat serta iltizam mendengar suara mereka.

Pengguna X @KtyStk63561 menyifatkan langkah tersebut sebagai usaha besar ke arah meringankan beban rakyat, terutama dalam keadaan ekonomi sekarang.

“Langkah besar ke arah memudahkan kehidupan rakyat, terutamanya pada waktu yang tidak menentu kini. Inisiatif PMX (Perdana Menteri Anwar) membuktikan beliau mendengar kehendak rakyat. Terima kasih PMX kerana sentiasa mengutamakan rakyat!,” katanya.

Pengguna Facebook Norman Daud berkata keputusan berkenaan menunjukkan keseimbangan dalam membantu rakyat menghadapi tekanan ekonomi dan dalam masa sama, memastikan subsidi disalurkan kepada pihak yang layak.

“Ringkasnya, rakyat dapat harga murah, pemandu e-hailing tak tertekan dan subsidi benar-benar sampai kepada orang Malaysia. Senyum sikit masa isi minyak lepas ni (ini). RM1.99 seliter bukan main murah lagi kalau dibandingkan dengan negara lain,” katanya.

Sementara itu, pengguna X @Dewysafiya meluahkan rasa bangga terhadap keutamaan inisiatif tersebut yang memberi peluang kepada anggota barisan hadapan serta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menikmati manfaat program itu lebih awal iaitu 27 dan 28 Sept.

“Proud (bangga) tengok Kerajaan MADANI bagi priority (keutamaan) dekat polis, tentera dan penerima STR dulu. Rasa macam dihargai pengorbanan mereka. Langkah yang baik PMX,” katanya.

Selain itu, akaun @ssyazaa4 di platform X menyifatkan keputusan itu sebagai kemenangan besar buat warganegara Malaysia serta bukti kesungguhan kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Syabas PMX! Ini kemenangan besar kepada rakyat Malaysia dan menunjukkan komitmen sebenar dalam meningkatkan ekonomi dan kehidupan setiap rakyat. Mari kita terus bekerjasama ke arah Malaysia yang lebih baik!,” katanya.

Kementerian Kewangan hari ini memaklumkan semua rakyat Malaysia layak membeli petrol RON95 pada harga subsidi sehingga 300 liter seorang setiap bulan menerusi program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Program BUDI95 akan dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan sistem yang stabil dan mengelakkan lonjakan permintaan yang mendadak – BERNAMA

Related

spot_img

Latest

Hong Kong: Independent committee to conduct comprehensive and in-depth review following major fire

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 2 December 2025 - The Hong Kong Special Administrative Region (HKSAR) Government is going all out to support victims and investigate the cause of a massive fire that engulfed seven out of eight high-rise residential blocks at Wang Fuk Court in Tai Po, Hong Kong, on November 26.

Shopee Celebrates 10 Years of Empowering MSMEs as Local Businesses Across the Region Generate Over US$270 Billion on the Platform

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 2 December 2025 - Shopee, a leading e-commerce platform in Southeast Asia, Taiwan, and Brazil, commemorates its 10th anniversary with the release of ‘Shopee: A Decade of Impact for Sellers’, its inaugural impact report, and ‘Shopee: Keeping Cultures Alive’, its new regional docuseries.

Most Viewed

Ren Li, Founder of Letright Industrial Corporation, Honored as “Entrepreneur of the Year” at ACES Awards 2025 in Bali

ALI, INDONESIA - Media OutReach Newswire - 2 December 2025 - Ren Li, Founder of Letright Industrial Corporation, has been named “Entrepreneur of the Year” at the Asia Corporate Excellence & Sustainability (ACES) Awards 2025, held from 27–28 November at the InterContinental Bali Resort.
spot_img

Popular Categories