• 2025-07-25 11:19 AM

KOTA BHARU: Sebuah chalet yang berusia hampir 30 tahun musnah 90 peratus dalam kebakaran di Kampung Pulau Belongan, Bachok awal pagi tadi. Menurut Pegawai Bomba Kanan II Mohd Zamizi Mohamad, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.42 pagi dan tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

“Anggota bomba mendapati chalet separuh kekal yang dikenali sebagai Chalet Armada sedang terbakar teruk, tetapi tiada mangsa terlibat,“ jelas Mohd Zamizi dalam kenyataan rasmi. Operasi pemadaman melibatkan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok serta Pengkalan Chepa berjaya mengawal kebakaran sekitar jam 4.23 pagi.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa- Bernama