Friday, November 7, 2025
27.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Datuk Zayn Rayyan pertahankan anak menantu dalam kes pengabaian

The Sun Berita

PETALING JAYA: Datuk kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Zahari Mohd Reba, 57, memberi keterangan di Mahkamah Sesyen hari ini bahawa anak dan menantunya, Zaim Ikhwan dan Ismanira Abdul Manaf, tidak mengabaikan cucunya.

Beliau menegaskan pasangan itu merupakan ibu bapa yang bertanggungjawab dan sangat menyayangi anak mereka.

“Arwah Zayn cucu kesayangan saya… sekiranya mak atau ayah arwah tidak bekerja, saya akan pastikan mereka datang ke rumah untuk bermesra. Hubungan arwah dengan ibu bapanya sangat akrab, saya percaya anak dan menantu saya tidak terlibat membunuh arwah Zayn,“ kata Zahari ketika diperiksa peguam pembela, Haresh Mahadevan.

Zahari juga menyatakan kesedihannya atas kehilangan cucu sulungnya itu dan menegaskan bahawa Zayn Rayyan, yang menghidap autisme, sentiasa mendapat perhatian teliti daripada ibu bapanya.

Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin bertanya mengenai hubungan Zayn Rayyan dengan ibu bapanya, dan Zahari menjelaskan bahawa pasangan itu memberikan layanan yang sama kepada Zayn dan adiknya.

Isnin lepas, Hakim Syahliza Warnoh memerintahkan Ismanira membela diri selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya. Sementara itu, suaminya, Zaim Ikhwan, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan sama.

Pasangan itu didakwa mengabaikan Zayn Rayyan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di sekitar Apartmen Idaman, Damansara Damai antara 5 dan 6 Disember 2023. Mereka didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara atau denda RM50,000.

Perbicaraan akan disambung esok. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Walk With Al-Sultan Abdullah honored Malaysia’s sports legends

Malaysia celebrated its sporting heritage and national unity through the “Walk With Al-Sultan Abdullah: The King of Sports” initiative held at Stadium Merdeka. The event was led by His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, and Her Royal Highness the Tengku Ampuan of Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Organised by Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) with ShekhinahPR, the walk brought together over 150 guests, including Malaysia’s sporting legends and former national athletes.

Berli Jucker Logistics Partners with DHL Supply Chain Thailand to Elevate Thailand’s Logistics to Global Standards

ANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 7 November 2025 - Berli Jucker Logistics ("BJL"), under the BJC Big C Group, has entered into a landmark partnership with DHL Supply Chain (Thailand) through the signing of a Joint Venture agreement.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img