• 2025-09-03 10:14 PM

KUALA LUMPUR: Dewan Negara telah meluluskan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang menjadi rangka kerja pembangunan negara untuk tempoh 2026 hingga 2030.

Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah mengesahkan kelulusan usul tersebut berdasarkan sokongan majoriti ahli dewan.

Perbahasan RMK13 berlangsung selama empat hari bermula 25 hingga 28 Ogos sebelum sesi penggulungan oleh kementerian.

Sebanyak 15 kementerian termasuk Kementerian Komunikasi, Kesehatan dan Ekonomi menyempurnakan penggulungan perbahasan pada persidangan hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan telah membentangkan RMK13 pada 31 Julai lalu.

Rancangan ini menggariskan peralihan strategik Malaysia ke arah sistem ekonomi, sosial dan tadbir urus yang menyeluruh.

Falsafah RMK13 berpaksikan dasar keterangkuman, kemampanan dan daya tahan dalam kerangka Ekonomi MADANI.

Persidangan Dewan Negara akan disambung semula esok untuk urusan seterusnya. – Bernama