the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Empat platform dalam talian jadi pilihan utama scammer lakukan penipuan – Fahmi

TUMPAT: Empat platform media sosial dikenal pasti sebagai pilihan utama yang sering digunakan oleh scammer untuk melakukan penipuan dalam talian, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata platform tersebut ialah Facebook, TikTok, WhatsApp, dan Telegram, yang menyaksikan jumlah penipuan mencecah jutaan ringgit.

“Bagi tahun 2023, jumlah penipuan melalui Facebook sahaja dianggarkan mencecah RM500 juta. Setakat ini, maklumat terkini masih belum diperoleh tetapi secara keseluruhannya jumlah itu jauh lebih besar.

“Menurut maklumat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, terdapat lebih kurang 14 jenis penipuan yang dilakukan melalui media sosial. Selain itu, terdapat juga jenayah scam dalam bentuk panggilan telefon dan pertemuan bersemuka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Ihsan MADANI, di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, dan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata populariti empat platform media sosial tersebut dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi pendorong utama penjenayah untuk melakukan penipuan, memandangkan ramai pengguna mudah terpedaya.

Beliau memaklumkan bahawa kempen kesedaran secara besar-besaran akan dilaksanakan dalam masa terdekat, bermula di peringkat sekolah.

“Kempen ini bertujuan memberi pendedahan kepada ibu bapa dan pelajar mengenai penggunaan media sosial yang selamat serta cara mengelak daripada menjadi mangsa scam,” katanya.

Selain itu Fahmi berkata beberapa langkah telah diambil untuk menangani isu ini, termasuk melesenkan platform media sosial, mengetatkan peraturan, serta memperkenalkan takrif baharu jenayah penipuan menerusi pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia yang telah diluluskan dalam sidang Dewan Negara, baru-baru ini.

“Kami percaya langkah ini akan membantu pihak polis dan agensi berkaitan untuk mengambil tindakan yang lebih tegas, sekali gus mengurangkan jenayah penipuan daripada terus berlaku,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories