the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Fahmi Fadzil laksanakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

TAWAU: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah bermula hari ini.

Beliau akan meninjau pengoperasian Menara Sepagaya di Kampung Sepagaya, Lahad Datu pada pagi ini.

Esok, Fahmi dijadualkan mengadakan tinjauan Perkhidmatan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di sebuah pasar raya di Taman Sejati.

Beliau kemudian akan menghadiri Hari Bersama Komuniti dan majlis pelancaran Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) Peringkat Negeri Sabah di NADI Kampung Sungai Iman pada tengah hari.

PRIME merupakan inisiatif strategik Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi bencana dan kecemasan.

Sistem ini ialah komunikasi bersepadu bergerak berasaskan kenderaan dengan teknologi satelit, selular, radio dua hala, Wi-Fi dan dron.

PRIME dibangunkan sepenuhnya oleh MCMC dengan gabungan teknologi tempatan dan luar.

Pada sebelah petang, Fahmi akan menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada pemberita Bernama Ismail lamo di Taman Victoria. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Oxford Innotech secures second data centre contract worth RM4.8mil

Oxford Innotech Bhd (OXB) has secured a second data centre contract worth RM4.8 million within three weeks from the same Australia-based client, via its subsidiary CG Solutions Enterprise Sdn Bhd. The project involves supplying critical steel infrastructure and precision metal components for an advanced airflow management system, with the end user being one of the world’s largest cloud and e-commerce platforms. With this latest win, OXB’s total data centre-related contract value now stands at RM9.6 million, with completion expected by end-2026.
spot_img

Popular Categories