the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi kecam tindakan ugut, ancam keselamatan wartawan

KUCHING: Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau berpendirian bahawa wartawan perlu bebas melakukan tugas mereka dan bagi yang menerima ugutan, mereka mempunyai hak untuk membuat laporan serta tidak harus dihalang.

“Saya tidak bersetuju dan kecam sebarang tindakan mengugut atau mengancam keselamatan wartawan. Saya belum terima maklumat penuh mengenai insiden terbabit.

“Namun, saya bersedia untuk bertemu kedua-dua pihak iaitu wartawan yang didakwa diancam dan juga mereka yang didakwa mengancam. Saya ingin fahami apa yang berlaku dan sebaik mungkin mencari penyelesaian,” kata Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) Teh Athira Mohamed Yusof berkata pihaknya amat prihatin terhadap keselamatan dan kesejahteraan wartawan terlibat iaitu P. Puvaneswaran dan M. Pavalam, serta seluruh komuniti wartawan Tamil.

NUJ menerusi kenyataan meminta Fahmi memberi perhatian mengenai kejadian itu dan mengambil tindakan segera bagi menghentikan sebarang bentuk serangan terhadap wartawan.

Sementara itu, Fahmi berkata beliau mengingatkan dirinya sendiri serta rakan-rakan politik lain untuk menjaga adab dan akhlak mereka terutamanya semasa berhadapan dengan media.

“Walaupun mereka (ahli politik) tidak bersetuju dengan pandangan dalam sesuatu laporan itu, secara umumnya mereka ada hak untuk menjawab. Jadi gunakan ruang itu, jangan melakukan sebarang tindakan di luar lunas undang-undang,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings