the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 9, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi tiba di Turkiye bagi lawatan kerja tiga hari, wakil Asia di COMCEC

ISTANBUL: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil tiba di sini hari ini bagi memulakan lawatan kerja tiga hari ke Turkiye, termasuk menghadiri Sesi Ke-40 Jawatankuasa Tetap Kerjasama Ekonomi dan Komersial (COMCEC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Ini merupakan kunjungan rasmi pertama beliau ke Turkiye sejak memegang jawatan itu pada 2 Dis, 2022 dan berperanan sebagai jurucakap Kerajaan Perpaduan.

Program pertama Fahmi adalah bertemu dengan kalangan diaspora Malaysia di Turkiye.

Selain itu, beliau juga dijadual memberi kenyataan sebagai wakil Kumpulan Asia negara-negara anggota OIC di COMCEC dan menjadi antara tiga wakil selain Qatar serta Senegal.

Jadual padat Fahmi akan diteruskan dengan menghadiri mesyuarat dua hala bersama negara-negara anggota OIC bagi meninjau bidang yang berpotensi dalam meningkatkan kerjasama berkaitan komunikasi dan keselamatan dalam talian.

Beliau dijadual menyertai satu sesi perkongsian pendapat bertemakan “Digital Transformation of Payment Systems in OIC Member Countries” (Transformasi Digital Sistem Pembayaran di Negara Anggota OIC).

Sesi ke-40 Menteri-Menteri COMCEC akan diadakan di Lütfi Kirdar Congress Centre di Istanbul pada 2-5 Nov 2024 dan disertai delegasi negara-negara anggota, pemerhati dan wakil Sekretariat Agung, institusi gabungan OIC selain organisasi antarabangsa lain.

Objektif utama COMCEC adalah untuk menangani cabaran ekonomi serta menyumbang kepada usaha pembangunan negara-negara anggota.

Pada masa sama, ia turut berperanan sebagai sebagai platform dialog dasar untuk menghasilkan serta menyebar luas pengetahuan, berkongsi pengalaman dan amalan terbaik, membangunkan persefahaman bersama serta dasar bagi negara-negara anggota.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Railtown AI Announces Service-Led Commercialization Strategy to Accelerate AI Adoption Among Canadian SMEs

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 8, 2026 - Railtown AI Technologies Inc. (CSE: RAIL) (OTCQB: RLAIF) ("Railtown" or the "Company"), a Canadian-based AI developer tools and agentic orchestration company today announced the launch of its Service-Led Commercialization Strategy, a long-term growth initiative designed to accelerate artificial intelligence adoption among Canadian small and medium-sized enterprises ("SMEs") while expanding recurring software revenue through the deployment of the Company's proprietary AI technologies.

18 women coaches join Fifa scholarship programme

A total of 18 women coaches from across Malaysia have been selected for the Fifa Coaching Education Scholarship Programme to strengthen women's football coaching development

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings