the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 9, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

FAM manfaat dana RM30 juta tingkat program pembangunan skuad kebangsaan – Hamidin

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjanji untuk memanfaatkan sebaik mungkin peruntukan tambahan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, bagi meningkatkan program pembangunan pasukan kebangsaan di setiap peringkat.

Presidennya Tan Sri Hamidin Mohd Amin berkata usaha itu termasuk mempersiapkan pasukan utama skuad Harimau Malaya, agar lebih kompetitif dalam setiap kejohanan antarabangsa yang disertai.

“Dana ini juga akan digunakan oleh FAM untuk aspek pengurusan organisasi bagi memacu perubahan, memastikan pemain skuad kebangsaan mendapat sokongan terbaik daripada tenaga pakar yang dilantik.

“Peruntukan tambahan ini pastinya akan meningkatkan motivasi pemain skuad kebangsaan untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. FAM berbesar hati dengan pengumuman Perdana Menteri dan sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada beliau,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Hamidin turut menjunjung kasih kepada kepada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang sentiasa prihatin serta memberikan sokongan dan bantuan kepada FAM dalam usaha meningkatkan prestasi skuad Harimau Malaya.

Semalam, Anwar mengumumkan peruntukan RM15 juta yang diumumkan pada Belanjawan 2025 khusus untuk pembangunan sukan bola sepak, digandakan kepada RM30 juta dengan RM15 juta bakal dibiayai pihak swasta.

Perdana Menteri berkata dana itu juga akan dimanfaatkan FAM dalam aspek pengurusan organisasi yang memerlukan perubahan menyeluruh dari setiap sudut bagi memastikan pemain kebangsaan mendapat sokongan berterusan daripada barisan tenaga pakar dan kejurulatihan yang dilantik.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Railtown AI Announces Service-Led Commercialization Strategy to Accelerate AI Adoption Among Canadian SMEs

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 8, 2026 - Railtown AI Technologies Inc. (CSE: RAIL) (OTCQB: RLAIF) ("Railtown" or the "Company"), a Canadian-based AI developer tools and agentic orchestration company today announced the launch of its Service-Led Commercialization Strategy, a long-term growth initiative designed to accelerate artificial intelligence adoption among Canadian small and medium-sized enterprises ("SMEs") while expanding recurring software revenue through the deployment of the Company's proprietary AI technologies.

18 women coaches join Fifa scholarship programme

A total of 18 women coaches from across Malaysia have been selected for the Fifa Coaching Education Scholarship Programme to strengthen women's football coaching development

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings