the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Forum Media HAWANA 2025: Tokoh industri kupas cabaran dan masa depan industri

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Forum Media HAWANA 2025 yang dijadual berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) esok, bakal menawarkan pandangan bernilai daripada tokoh-tokoh penting industri mengenai perkembangan terkini dalam landskap media.

Seiring dengan usaha Malaysia menubuhkan Majlis Media yang baharu dalam era kemajuan teknologi pesat, forum itu akan dimulakan dengan sesi perbincangan bertajuk “Majlis Media Malaysia: Pengawal Selia atau Pelindung Media?”. Ia akan disusuli sesi berfokus teknologi bertajuk “AI & Media: Alat, Ancaman atau Peluang?” yang akan membincangkan kesan kecerdasan buatan terhadap industri media.

Forum ini selari dengan tema HAWANA 2025 iaitu “Kewartawanan Era Baharu: Mendepani AI, Memelihara Etika”, dan dijangka memberi input bermakna serta pandangan objektif bagi membantu pemain industri menyesuaikan diri dalam persekitaran media yang sentiasa berubah.

Dalam sesi pertama, peserta berpeluang berinteraksi bersama Pengerusi Jawatankuasa Penaja Majlis Media Malaysia Premesh Chandran; Pengarah Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Wathshlah G Naidu; dan Editor Kanan Berita Star Media Group Philip Golingai.

Sesi perkongsian pula akan menampilkan Profesor Datuk Ahmad Murad Merican dari Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), Editor Kanan Astro Awani Nazri Kahar, serta Ketua Unit Bahasa Malaysia dan Video FMT Sdn Bhd Zahrul Alam Yahya Shahir.

Acara yang dijangka menarik kehadiran 250 peserta termasuk tetamu antarabangsa, pelajar dan tokoh utama industri media tempatan itu akan dikendalikan oleh wartawan penyiaran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Jessy Chahal.

Selepas forum selama dua jam itu, acara kemuncak esok adalah pelancaran rasmi HAWANA 2025 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebih 1,000 pengamal media, wakil persatuan wartawan tempatan dan organisasi media dari negara anggota ASEAN telah dijemput, sekali gus menghimpunkan profesional media dan pakar industri bagi bertukar pandangan serta menjalin kerjasama strategik.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India youth shift tactics as police clamp down on election protest

With tens of thousands of security personnel deployed in key parts of the capital to block the main protest site of Jantar Mantar, protesters turned to holding flash demonstrations elsewhere, taking authorities by surprise.

Leave refugee enforcement to authorities, Saifuddin tells public

Malaysians have been urged not to take the law into their own hands when dealing with Rohingya refugees, with Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail stressing that enforcement must remain the responsibility of legally authorised agencies.

MCMC may take action over misleading Budget 2027 tax video

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) is examining a viral video alleged to contain false and misleading information about the Sales and Service Tax (SST) and income tax relief under Budget 2027.

Police seek dashcam footage of fatal crash on Cheras-Kajang Highway

Police are appealing for witnesses to a fatal accident involving a motorcycle and a lorry at KM13.1 of the Cheras-Kajang Highway yesterday, which claimed the life of a 23-year-old motorcyclist.

Most Viewed

spot_img