the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Identiti pemandu, kelindan lori jatuh gaung dikenal pasti

KUANTAN: Polis telah mengenal pasti identiti pemandu dan kelindan yang maut selepas lori dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di KM42.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pemandu lori berkenaan dikenali sebagai Norazuat Mokhtar, 39, manakala kelindannya Shamsol Yaakob, 40.

Beliau berkata kemalangan berlaku ketika lori yang membawa muatan besi buruk itu dalam perjalanan dari Bukit Kemuning, Klang, Selangor menghala Kuantan.

“Ketika di lokasi kejadian pemandu berkenaan dipercayai gagal mengawal kenderaan dan terbabas masuk ke dalam gaung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Zaiham turut meminta mana-mana pihak yang melihat kemalangan tersebut tampil bagi membantu siasatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings