the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, February 5, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Insiden sempadan Thailand-Kemboja tidak jejas kejohanan Piala Raja Thai

PENGANJURAN kejohanan Piala Raja Thai ke-38 di Hatyai berlangsung dengan aman dan terkawal, menurut Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) susulan kebimbangan berhubung keselamatan serantau.

Presiden ASTAF Datuk Abdul Halim Kader berkata Hatyai tidak terjejas dengan insiden pertempuran ketenteraan yang berlaku baru-baru ini, berhampiran sempadan Thailand-Kemboja yang terletak lebih 900 kilometer dari lokasi kejohanan.

“Kami menggalakkan semua peserta, khususnya penyokong dari Malaysia dan Singapura meneruskan hasrat mereka untuk hadir memberikan sokongan padu kepada pasukan Malaysia dan Singapura yang beraksi dalam kejohanan sepak takraw antarabangsa berprestij itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Halim berkata pihak berkuasa Thailand menambah jumlah anggota keselamatan dan mempertingkatkan kawalan keselamatan di semua penginapan rasmi serta lokasi pertandingan, iaitu di Hatyai Hall di kompleks beli-belah Central Hatyai.

Sebagai langkah berjaga-jaga, semua 18 pasukan kebangsaan yang mengambil bahagian dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan kembali ke hotel penginapan rasmi masing-masing sejurus tamat perlawanan.

Semalam, media melaporkan seorang penduduk tempatan Thailand maut manakala tiga yang lain, termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun cedera parah dalam pertempuran antara tentera Thailand dan Kemboja di kawasan sempadan yang menjadi pertikaian, pagi Khamis.

Kedua-dua negara jiran Asia Tenggara itu berdepan kemelut pertikaian sempadan sepanjang 817 kilometer sekali gus mengeruhkan hubungan diplomatik kedua-dua pihak – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

No compromise on LCS project specifications and safety

Deputy Defence Minister Adly Zahari assures no safety or technical standards will be lowered for the delayed Littoral Combat Ship project ahead of handover to the navy.

Most Viewed

Dusit highlights rare convergence of Michelin recognition across hotels, dining, and the culinary talent it has trained

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 4 February 2026 - Dusit International, one of Thailand's leading hotel and property development companies, is spotlighting a rare convergence of Michelin recognition across its hospitality ecosystem, spanning hotels, dining, and the chefs who have passed through institutions under Dusit Hospitality Education.
spot_img

Popular Categories