the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) memandang serius dan kesal terhadap penyebaran maklumat palsu dan mengelirukan yang tular di media sosial, khususnya melalui akaun palsu AGC di platform Facebook.

Jabatan itu menerusi laman Facebook rasminya memaklumkan AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama ‘Putrajaya AGC’ tersebut.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tersebut, sentiasa berhati-hati, dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran yang dibuat oleh akaun palsu berkenaan,“ menurut hantaran tersebut.

AGC turut memuat naik beberapa tangkap layar akaun palsu itu yang menggunakan gambar profil jata negara dan tawaran perkhidmatan palsu di Facebook berkenaan.

Orang ramai boleh mengikuti Facebook rasmi Jabatan Peguam Negara di pautan https://www.facebook.com/profile.php?id=100064838618925.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group to Announce 2026 Half Year Financial Results and Host Analyst Presentation...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - DFI Retail Group Holdings Limited will announce its 2026 Half Year Results after market close on 28 July 2026, followed by an analyst presentation live webcast on 29 July 2026.

PH cautious over potential vote shift in seats not contested by PN

Pakatan Harapan (PH) is taking a cautious approach in facing contests in the 23 constituencies where Perikatan Nasional (PN) is not fielding candidates in the Johor state election.

Kai Tak Sports Park Claims Top Honour

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The winners of the Quality Building Award 2026 (QBA 2026) were announced and presented at a ceremony held last Friday (26 June) at the Hong Kong Convention and Exhibition Centre.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings