Friday, November 7, 2025
27.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Juarai Kejohanan Dunia Tang Jie–Ee Wei, hadiah bermakna Hari Kebangsaan – Fahmi

The Sun Webdesk

MENTERI Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan kejayaan beregu campuran negara Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei yang muncul juara Kejohanan Dunia di Paris malam ini, sebagai hadiah bermakna sempena Hari Kebangsaan KE-68 yang disambut hari ini.

Fahmi, menerusi hantaran di Facebook malam ini, turut mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada wira serta wirawati Malaysia itu atas kejayaan membanggakan di pentas dunia.

Pada aksi final yang berlangsung di Adidas Arena, gandingan keempat dunia itu menundukkan pilihan kedua Jiang Zhen Bang–Wei Ya Xin, 21-15 pada set pertama.

Pada set kedua, mereka terus mengekang kebangkitan pasangan China di gelanggang dengan menoktahkan kemenangan 21-14, sekali gus menghadiahkan emas pertama Malaysia dalam acara beregu campuran dalam tempoh 40 minit penuh mendebarkan.

Kejayaan itu menoktahkan penantian hampir dua dekad selepas pencapaian terbaik negara dalam acara beregu campuran hanyalah di separuh akhir menerusi Koo Kien Keat–Wong Pei Tty pada edisi 2006 di Madrid, Sepanyol. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Paragon Globe, UOB Malaysia partner to drive green financing under Johor–Singapore SEZ framework

Paragon Globe Bhd has signed a five-year memorandum of collaboration with UOB Malaysia to champion green financing and sustainability-driven investments linked to the Johor–Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ). The partnership will see UOB Malaysia act as Paragon Globe’s preferred banking partner, supporting future developments with innovative green financing and ESG-aligned project advisory.

Most Viewed

‘Ranong Port’ — Thailand’s Gateway to BIMSTEC

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 6 November 2025 - Ranong Port, under the supervision of the Port Authority of Thailand (PAT), is stepping into a new and significant role in advancing Thailand's economy and trade.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img