the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KDN sedia tingkatkan proses permohonan kad pengenalan selepas laporan EAIC

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KOTA BELUD: Kementerian Dalam Negeri (KDN) terbuka untuk memperbaik proses permohonan kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) susulan pendedahan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), semalam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau menghormati pendedahan EAIC itu dan bagi KDN serta agensi di bawahnya amat mengutamakan keselesaan pelanggan, iaitu rakyat.

“Perlu juga saya sebutkan bahawa ada juga berlaku, permohonan daripada rakyat itu sama ada gagal ataupun ditolak terus adalah kerana dokumen itu palsu.

“Contohnya, di klinik bersalin yang sebenarnya tidak berlaku pun proses kelahiran di situ tetapi digunakan untuk mengeluarkan pengesahan kelahiran,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat MADANI KDN di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pangkalan Abai di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata JPN juga mempunyai piagam yang sangat jelas, pantas dan cepat tanpa kompromi dari sudut ketulenan bagaimanapun sekiranya perlu ada elemen penambahbaikan, pihaknya terbuka untuk menambah baik proses itu.

“Apabila rakyat yang memerlukan perkhidmatan terkesan kerana proses lambat, menjadi kewajiban KDN untuk memperbaiki,“ katanya.

Pada Rabu, media melaporkan EAIC mendedahkan terdapat kelewatan tidak wajar oleh seorang pegawai penyiasat JPN Sabah dalam mengendalikan permohonan kad pengenalan baharu melibatkan seorang kanak-kanak. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Retrenched workers may claim EIS benefits for six months amid minimum wage hike –...

Workers who lose their jobs as companies restructure to cope with Malaysia’s new RM2,000 minimum wage will be able to claim unemployment benefits for up to six months, provided they are covered under the Employment Insurance System (EIS).

Lelaki direman tujuh hari bantu siasatan kes bunuh 

Seorang lelaki pelarian Myanmar pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh.

MACC, police to share information in MyEG, Zetrix AI investigation

The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) will work closely with the police in investigating allegations involving MyEG Sdn Bhd (MyEG) and Zetrix AI Bhd, following a formal complaint lodged with the anti-graft agency last week.

India youth shift tactics as police clamp down on election protest

With tens of thousands of security personnel deployed in key parts of the capital to block the main protest site of Jantar Mantar, protesters turned to holding flash demonstrations elsewhere, taking authorities by surprise.

Most Viewed

spot_img