the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

KEDA perluas tanaman durian PROSPEK Pedu, rancakkan agropelancongan

PADANG TERAP: Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) akan memperluas tanaman durian menerusi Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Pedu bagi merancakkan lagi sektor agropelancongan di mukim itu.

Pengerusi KEDA Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata projek yang melibatkan 12 kampung di mukim itu setakat ini berjaya meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup penduduk di mukim berkenaan.

“Matlamat kita juga adalah untuk menyuburkan kebun-kebun durian yang ada … jadi fasiliti, jalan, baja diberikan dan cari jalan macam mana nak bersihkan dusun ini supaya bila datang musim durian lebih ramai boleh datang ke kebun durian.

“Ia satu program yang baik dan saya nak tengok balik kedudukan 12 kampung di mukim Pedu ini untuk kita halusi … ada juga inap desa, jadi orang boleh datang dan makan (durian) di sini,” katanya selepas program Pesta Durian@ Pedu 2025 di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan menambah baik infrastruktur dan jalan-jalan pertanian di kampung terlibat serta memperkemas proses pengumpulan durian di kebun supaya lebih efisien.

Mahdzir berkata sehingga kini sebanyak 280 hektar tanaman raja buah itu diusahakan oleh 309 peserta PROSPEK dan menghasilkan lebih 300 tan durian yang terdiri daripada jenis durian klon dan durian kampung.

PROSPEK Pedu bermula sejak 2022 dan fasa pembangunannya selama tempoh lima tahun, dengan kos keseluruhan berjumlah RM8 juta dan projek berkenaan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Antara kampung terbabit ialah Kampung Padang Setol, Kampung Kuala Tekai, Kampung Pauh, Kampung Baru Seladang, Kampung Musa, Desa KEDA Bukit Kura, Kampung Lubuk Merbau, Kampung Buluh, Kampung Banggol Pong, Kampung Pinang, Kampung Tong Pelu dan Kampung Kepala Batas.

Projek itu memfokuskan kepada pembangunan di beberapa perkampungan sedia ada yang berdekatan tanpa melibatkan pembukaan kawasan baharu bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar, meningkatkan kualiti hidup, serta menaik taraf kemudahan prasarana di kampung-kampung sedia ada.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Commerce.Asia backs rise of creator-led brands with scalable execution model

Commerce.Asia executive chairman Ganesh Kumar Bangah said consumer trust is shifting away from traditional brands and increasingly toward creators, communities and personal relationships, driving the rapid rise of influencer-led businesses. However, he stressed that while launching a brand is easier today, scaling sustainably requires operational discipline, supply chain control, reliable fulfilment and structured capital planning. Speaking at the launch of vegan beauty brand Numinara by actress Diana Danielle, Ganesh said the brand’s RM1 million sales milestone in under six months highlights how creator-driven demand can translate into long-term growth when backed by strong execution and infrastructure.
spot_img

Popular Categories