the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kementerian Pendidikan dan MINDEF bina sekolah di Serudung Laut

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KOTA KINABALU: Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Pertahanan (Mindef) akan membina sebuah sekolah di Kampung Serudung Laut, Kalabakan melalui Program Jiwa Murni sebagai inisiatif memperluas akses pendidikan kepada anak-anak di kawasan pedalaman.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata proses mewujudkan sekolah berkenaan sedang berjalan dan mendapat sokongan banyak pihak termasuk komuniti setempat.

“Kita akan pastikan projek ini berjalan dengan lancar. Saya sudah tinjau kawasan berkenaan tempoh hari dalam kunjungan saya sebelum ini dan saya dapati ada ruang akses yang sangat baik … jadi, kita akan segerakan proses ini,“ katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-69 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata sementara menunggu sekolah berkenaan siap, pihaknya telah melaksanakan program khas melibatkan kelas bacaan kepada pelajar di kawasan berkenaan.

“Guru-guru silih berganti datang yang disediakan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Setakat ini, kira-kira 30 pelajar yang mengikuti kelas berkenaan dan kita yakin jumlahnya akan bertambah dari semasa ke semasa,“ katanya.

Mengulas mengenai sekolah daif di Sabah, Fadhlina berkata terdapat 390 projek sekolah daif di Sabah dan 230 daripadanya telah siap.

“Sebanyak 67 projek dalam pembinaan dan 93 projek lagi pada peringkat prabina dengan kos keseluruhan kesemua projek berkenaan ialah RM6.078 bilion,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lelaki direman tujuh hari bantu siasatan kes bunuh 

Seorang lelaki pelarian Myanmar pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh.

MACC, police to share information in MyEG, Zetrix AI investigation

The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) will work closely with the police in investigating allegations involving MyEG Sdn Bhd (MyEG) and Zetrix AI Bhd, following a formal complaint lodged with the anti-graft agency last week.

India youth shift tactics as police clamp down on election protest

With tens of thousands of security personnel deployed in key parts of the capital to block the main protest site of Jantar Mantar, protesters turned to holding flash demonstrations elsewhere, taking authorities by surprise.

Most Viewed

spot_img