Friday, November 7, 2025
27.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan MADANI tegas perangi kartel – PM Anwar

The Sun Webdesk

SERDANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI tidak akan berkompromi dalam memerangi kartel yang selama ini merosakkan sistem ekonomi negara.

Beliau berkata keberanian memecahkan dominasi kartel adalah antara kejayaan utama pentadbiran kerajaan MADANI, sekali gus membuktikan iltizam kerajaan untuk membela kepentingan rakyat.

“Kerajaan MADANI telah memecahkan tembok kartel dan kita akan terus memerangi mereka. Saya dah panggil badan-badan penguatkuasaan, perangi kartel, perangi kumpulan yang menggunakan cara haram dan khianat untuk merosakkan sendi negara ini. Kita tidak tolak ansur,” kata beliau.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2025 di Taman Ekspo Pertanian (MAEPS), di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Anwar berkata kejayaan memecahkan kartel ayam yang telah bertapak sejak puluhan tahun membuktikan keberkesanan tekad politik yang jelas serta sokongan penuh daripada pasukan penguatkuasaan.

Pada masa sama, Perdana Menteri menegaskan perjuangan membebaskan negara daripada kegiatan tidak bermoral seperti penyeludupan, rasuah serta penyelewengan masih berterusan.

Sementara itu, Anwar menyatakan pendirian Malaysia untuk kekal konsisten dalam memperjuangkan hak kemanusiaan rakyat Palestin walaupun berdepan tekanan geopolitik dan konflik global.

“Kita tegas dalam soal Gaza, tegas dalam soal hak kemanusiaan, tetapi tetap pertahankan persahabatan supaya rakyat tidak terkorban dan ekonomi kita dapat terus dikuatkan.

“Kalau ambil sentimen orang yang ekstrem, (akan mengakibatkan) perang di sana, perang di sini, rakyat merempat,” kata beliau sambil menekankan kebijaksanaan Malaysia dalam mengekalkan keseimbangan hubungan dengan kuasa besar dunia tanpa mengorbankan solidariti terhadap Gaza.

Bagaimanapun, kata Anwar kerajaan tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak yang cuba memperlekehkan pendirian negara dalam isu Palestin, malah tetap berpegang pada prinsip kemanusiaan sejagat.

Kira-kira 4,000 tetamu terdiri daripada penjawat awam, agamawan, jentera perpaduan, anggota badan beruniform, usahawan, warga kerja swasta, golongan belia, pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan pelajar sekolah hadir pada program itu.

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini dengan tema “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” akan diadakan di Dataran Putrajaya bermula pada 7 pagi esok – BERNAMA

Related

spot_img

Latest

Walk With Al-Sultan Abdullah honored Malaysia’s sports legends

Malaysia celebrated its sporting heritage and national unity through the “Walk With Al-Sultan Abdullah: The King of Sports” initiative held at Stadium Merdeka. The event was led by His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, and Her Royal Highness the Tengku Ampuan of Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Organised by Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) with ShekhinahPR, the walk brought together over 150 guests, including Malaysia’s sporting legends and former national athletes.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img