the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan persekutuan peruntuk RM69.18 juta bantu Kelantan kurangkan NRW

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM69.18 juta secara geran kepada Kelantan di bawah Program Air Tidak Terhasil (NRW) Kebangsaan Pendekatan Satu, bagi mengurangkan kadar NRW di negeri itu yang mencatatkan 54.5 peratus tahun lepas.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata geran itu merangkumi pakej satu yang melibatkan kerja-kerja penggantian meter untuk mendapatkan bacaan NRW lebih tepat, yang telah siap dan diserahkan kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) pada Mac 2023; manakala pakej dua membabitkan kerja penggantian dan pembaikan tangki air yang dijangka siap September ini.

“Selaras dengan penstrukturan semula industri bekalan air, operator air bertanggungjawab dalam kerja-kerja pembinaan, penggantian dan pembaikan infrastruktur bekalan air bagi menjamin kelangsungan bekalan air yang berterusan kepada pengguna.

“Walau bagaimanapun, kementerian komited membantu negeri-negeri untuk mengurangkan kadar NRW melalui program pengurangan NRW,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang ingin tahu perancangan diambil kementerian bagi menyelesaikan masalah air di Kelantan terutama NRW.

Akmal Nasrullah berkata bagi mengatasi kehilangan air secara fizikal disebabkan oleh kekerapan kebocoran pada paip agihan yang lama dan uzur, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) juga memberikan pembiayaan berjumlah RM210 juta kepada AKSB bagi melaksanakan projek penggantian paip simen asbestos AC) sepanjang 359 kilometer secara berfasa di seluruh Kelantan.

Selain itu, beliau berkata terdapat dua projek baharu dan tiga projek sambungan yang telah diluluskan untuk Kelantan bagi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dengan anggaran kos keseluruhan RM704.8 juta bagi menangani isu bekalan air di negeri itu.

Projek yang diluluskan ialah pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Machang; kerja pembinaan tebatan (low weir) di Sungai Pahi dan Sungai Jegor; kajian pembangunan sumber air Kelantan dan sewaan lori tangki serta tangki statik.

Menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal mengenai bilakah kerajaan akan menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta bagi mengatasi masalah air bersih di negeri itu, Akmal Nasrullah berkata kementerian masih menunggu persetujuan kerajaan Kelantan berhubung perkara itu.

“Satu mesyuarat penyelarasan antara kementerian dan kerajaan negeri Kelantan telah diadakan pada Februari 2024 bagi membincangkan pelaksanaan projek tersebut. Walau bagaimanapun kementerian masih menunggu, memerlukan keputusan kerajaan negeri Kelantan sama ada bersetuju untuk menerima peruntukan berjumlah RM500 juta itu secara pinjaman atau tidak, sebagai salah satu usaha untuk kita selesaikan isu bekalan air di Kelantan.

“Komitmen sudah diberikan untuk selesaikan urusan air, tetapi dari segi mekanisme, kita tidak mahu berlaku tidak adil. Ini pendekatan kita buat di negeri lain juga dan cuma hari ini kita masih menunggu keputusan kerajaan negeri Kelantan daripada bulan Februari yang masih tidak menjawab sama ada mahukan bantuan ini atau pun tidak,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lelaki direman tujuh hari bantu siasatan kes bunuh 

Seorang lelaki pelarian Myanmar pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh.

MACC, police to share information in MyEG, Zetrix AI investigation

The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) will work closely with the police in investigating allegations involving MyEG Sdn Bhd (MyEG) and Zetrix AI Bhd, following a formal complaint lodged with the anti-graft agency last week.

India youth shift tactics as police clamp down on election protest

With tens of thousands of security personnel deployed in key parts of the capital to block the main protest site of Jantar Mantar, protesters turned to holding flash demonstrations elsewhere, taking authorities by surprise.

Most Viewed

spot_img