the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerangka baharu tingkat prestasi sukan akan disiapkan – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan menyiapkan satu kerangka baharu untuk meningkatkan prestasi sukan negara.

Beliau berkata ia sebagai usaha kementerian dan atlet bagi meningkatkan pencapaian.

“Saya nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan, anak-anak yang terlibat dalam Sukan Olimpik kerana kita telah berusaha sebaik mungkin. Kita terima baik (segala) keputusan.

“Insya-Allah kita akan siapkan beberapa kerangka baharu meningkatkan prestasi sukan dan olahraga negara. Jadi harus kita tumpu ke hadapan, tetapi sementara itu janganlah kita mengeluh kerana anak-anak dan olahragawan itu telah berusaha sedaya upaya mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Malaysia mengakhiri kempen Sukan Olimpik Paris 2024 dengan meraih dua gangsa menerusi badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia dan beregu badminton negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings