the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 9, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerani firma guaman didakwa menyamar peguam, beri keterangan palsu

KUALA LUMPUR: Seorang kerani wanita di sebuah firma guaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menyamar sebagai peguam dan memberi keterangan palsu berkenaan sebuah dokumen bank dalam satu prosiding mahkamah pada 2018 dan 2022.

K. Maragatham, 63, didakwa secara sengaja berpura-pura menggunakan gelaran peguam bagi sebuah firma guaman yang membayangkan tertuduh berkelayakan untuk bertindak sebagai seorang peguam cara.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Bukit Damansara di sini pada 3 Feb 2018, mengikut Seksyen 37(1)(B) Akta Profesion Undang-Undang 1976 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 37(1) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM2,500 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa memberi keterangan palsu berkenaan satu dokumen bank bertarikh 21 Okt 2022 semasa prosiding perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi Sivil di sini di hadapan Hakim Datuk Azimah Omar pada 28 Okt 2022.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Sheryn Yong Shi Yee menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan manakala peguam Thayalan Moorthy memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya merupakan warga emas.

Majistret Nurul Izzah Shaharuddin membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 8 Ogos ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Railtown AI Announces Service-Led Commercialization Strategy to Accelerate AI Adoption Among Canadian SMEs

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 8, 2026 - Railtown AI Technologies Inc. (CSE: RAIL) (OTCQB: RLAIF) ("Railtown" or the "Company"), a Canadian-based AI developer tools and agentic orchestration company today announced the launch of its Service-Led Commercialization Strategy, a long-term growth initiative designed to accelerate artificial intelligence adoption among Canadian small and medium-sized enterprises ("SMEs") while expanding recurring software revenue through the deployment of the Company's proprietary AI technologies.

18 women coaches join Fifa scholarship programme

A total of 18 women coaches from across Malaysia have been selected for the Fifa Coaching Education Scholarship Programme to strengthen women's football coaching development

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings