Thursday, November 6, 2025
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kes saman fitnah Tuan Ibrahim terhadap Rafizi Ramli selesai secara baik

The Sun Berita

KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah yang difailkan bekas Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli telah diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi.

Tuan Ibrahim memfailkan saman itu pada 17 November 2022 berhubung kenyataan yang didakwa berbaur fitnah mengenai kelulusan beberapa projek termasuk projek tebatan banjir kepada sebuah syarikat.

Peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili Tuan Ibrahim mengesahkan kedua-dua pihak telah mencapai penyelesaian di luar mahkamah.

Berdasarkan terma-terma yang dipersetujui, pihak plaintif memohon untuk menarik balik saman di mahkamah tanpa kebebasan untuk memfailkan semula dan tanpa sebarang perintah berkenaan kos.

Peguam Azhar Arman Ali yang mewakili Mohd Rafizi turut mengesahkan penyelesaian tersebut.

Pesuruhjaya Kehakiman Avinder Singh Gill kemudian membatalkan saman berkenaan dan melapangkan tarikh-tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan sebelum ini.

Mahkamah mengucapkan terima kasih atas usaha serius pihak-pihak untuk mencapai penyelesaian secara baik di luar mahkamah.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 8 hingga 12 September untuk mendengar perbicaraan kes berkenaan.

Dalam kenyataan bersama, Mohd Rafizi dan Tuan Ibrahim menyatakan Mohd Rafizi bersetuju menurunkan kesemua hantaran media sosial di bawah kawalannya yang bersabit dengan perkara itu.

Tindakan ini diambil untuk mengelak isu berpanjangan dan mengelak persoalan yang ditimbulkannya disalahertikan oleh orang awam.

Isu keterlibatan Tuan Ibrahim dalam penganugerahan projek tebatan banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion kepada Mangkubumi Sdn Bhd bukanlah tumpuan kenyataan media Mohd Rafizi sebelum ini.

Atas semangat penyelesaian yang berhemah, kedua-dua pemimpin bersependapat bahawa sebarang perselisihan wajar diketepikan demi kepentingan awam, keharmonian masyarakat serta kestabilan politik dalam negara.

Kedua-dua ahli politik yang hadir pada prosiding hari ini dilihat bersalaman sebelum meninggalkan bilik mahkamah.

Dalam pernyataan tuntutan, Tuan Ibrahim mendakwa Mohd Rafizi mengeluarkan kenyataan fitnah pada dua sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.

Kenyataan itu didakwa membawa maksud beliau terlibat meluluskan projek bernilai RM2 bilion kepada sebuah syarikat bagi Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat.

Beliau juga dituduh berkomplot secara rahsia dengan Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam penganugerahan projek di bawah Program Jana Wibawa. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Siti Nurhaliza appointed adjunct professor at UiTM

National singer Siti Nurhaliza becomes UiTM adjunct professor to strengthen entrepreneurship ecosystem and mentor business students.

Most Viewed

Pickleball fever peaks as Paramount Cup 2025

Paramount Property’s inaugural Paramount Cup 2025 delivered four thrilling days of world-class pickleball at PLAYA Racquet Club @ PARC Subang, drawing over 700 players and hundreds of fans. Featuring 17 categories and a record RM112,500 prize pool, the event marked a major milestone in Malaysia’s sporting calendar and celebrated the grand opening of the country’s first purpose-built pickleball hub. Top international names such as Vanshik Kapadia and Tejas Mahajan from India, Kyle Stoker, Nancy Riley, and Josh Chia from Australia, Roman Estareja and Jas Almaguer from the United States, and Taiwan’s Hsieh Yu-Chieh competed alongside Malaysia’s rising talents, who impressed against the region’s best.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img